Tuesday, September 22, 2009
Salam Lebaran kepada semua pembaca blog Alisya....
Macamana hariraya kalian?? Balik kampung...jumpa org2 tersayang...bakar lemang...rebus ketupat...
genap sebulan kita berpuasa...
semoga amalan Allah terima...
kini Aidilfitri pula menjelma...
salah dan silap maaf dipinta...
Hari raya tahun ni Alisya beraya dalam suasana serba sederhana...Sedih dan terasa sangat kehilangannya... tahun ni, kali pertama kami merayakan Aidilfitri tanpa Atuk... diam tak diam dah hampir setahun Atuk pergi mengadap Ilahi... kalau tahun lepas Atuk masih ada sewaktu takbir Aidilfitri bergema,sempat bersalam dengannya di pagi raya... walaupun waktu tu Atuk dah mula sakit-sakit... kini,Atuk dah tiada...hanya pusara dan batu nisan yang putih berseri sebagai pengubat rindu...Atuk...semoga Atuk berbahagia di Sana...di Sisi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...AMIN...
Kali ni entry blog Alisya agak hambar... cerita tanpa gambar yang sarat dengan emosi...hariraya kali ini juga Alisya sekeluarga di 'uji' lagi... seminggu sebelum hariraya...tanggal 11 september 2009, Pa dah kehilangan barangan kesayangannya...laptop,hardisc...kamera Nikon D80 beserta dengan 3 lensa, dan segala macam benda yang yang berkaitan dengan fotografi selepas pencuri durjana mengumpil pintu depan kereta dan mengambil semua barangan tersebut dari dalam boot kereta... SYABAS KAU WAHAI PENCURI... anda telah berjaya menempah tiket untuk ke NERAKA Allah...semua org sedang sibuk tempah tiket bas, tiket keretapi untuk balik beraya...dia buat kerja lain pulak...Tunggu ye ganjarannya...Wowwww...dapat Bonus Point lor... sebab buat kerja terkutuk tu di bulan Ramadan yang penuh barakah... sekali lagi ... SYABAS & WELL DONE!
Muhasabah... setiap Ujian dari Allah itu ada hikmah di sebaliknya... kita harus terus mengucap Syukur dan sentiasa mengingati DIA...Hanya DIA yang Maha Mengetahui sesuatu disebalik kejadian itu... memang kita amat merasai KEHILANGAN... Namun harus kita ingat...
Kehilangan sesuatu ciptaan Allah TIDAK akan dapat kita cari ganti...
Kehilangan sesuatu ciptaan Manusia, InsyaAllah akan ada gantinya...
Akhir kalam... SALAM AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN daripada Alisya sekeluarga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Amin!
Post a Comment